Buat Duit Dengan PLR


Teknik #1 Jual Semula


Produk PLR sememangnya boleh dijual semula samada mengikut harga yang anda tetapkan ataupun tertakluk pada harga minima yang ditetapkan. Untuk menjadikan produk PLR lebih laris, ubahsuai ecover dan web jualan yang disediakan kepada rekabentuk yang lebih menawan dan mengancam. Ini akan menarik lebih ramai orang mereview produk anda dan akhirnya mungkin menjadi pembeli. Anda perlu kreatif mengubahsuai produk PLR

Atau anda boleh upah saya dengan harga yang berpatutan untuk buat sale page anda.



Teknik #2 Bonus untuk produk premier


Jika anda sedang memasarkan produk premier anda sendiri, jangan lupa untuk jadikan produk PLR sebagai bonus untuk pembelian produk premier anda itu. Ramai yang membeli kerana tertarik dengan bonus yang ditawarkan. Dengan kelebihan yang dimiliki produk PLR, bonus anda kelihatan amat bernilai untuk dilepaskan…akhirnya, pembelian pun dilaksanakan.


Teknik #3 Bonus untuk affiliate


Jika anda menyertai program affiliate, anda boleh gunakan produk PLR sebagai bonus percuma untuk pembeli yang membeli melalui link anda. Bayangkan di luar sana ada beratus – ratus orang yang mempromosikan produk yang sama melalui affiliate dan anda mungkin tenggelam sehingga gagal menghasilkan jualan. Untuk keluar dari situasi ini, produk PLR boleh menjadi penyelamat. Orang ramai akan berminat membeli melalui link anda jika anda menawarkan bonus untuk mereka. Disinilah kegunaan produk PLR. Dengan bonus yang berkualiti, jualan pasti tinggi dan anda pun bolehlah tersenyum riang setiap hari.


Teknik #4 Produk terbaru anda


Ini merupakan satu trik untuk menghasilkan banyak ebook dalam setahun. Oleh sebab produk PLR dapat diubahsuai dan diletakkan nama anda sebagai penulisnya, maka orang ramai akan beranggapan anda mempunyai produk terbaru dan belum ada dipasaran. Untuk ini, sekali lagi saya ingatkan anda agar mengubahsuai produk PLR tersebut sehingga sekurang – kurangnya 80% berbeza daripada yang asli. Jika anda menghasilkan banyak produk, maka peluang anda untuk mengaut keuntungan banyak juga adalah luas. Bayangkan satu laman web anda mencatatkan keuntungan RM100 setiap bulan dan jika anda memiliki 5 buah laman web maka keuntungan anda sebulan ialah RM500! Tanpa perlu bingung mencipta produk sendiri!


Teknik #5 Kuasai pasaran tempatan


Terjemahkan produk PLR ke dalam Bahasa Malaysia dan kuasai pasaran tempatan. Permintaan terhadap ebook informasi dalam bahasa Malaysia amat tinggi kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang agak ‘lemah’ disamping penerangan dalam Bahasa Malaysia lebih mudah difahami. Eksploitasikan produk PLR dan bina empayar perniagaan internet anda di pasaran tempatan!


Teknik #6 Buat duit dengan iklan

Dengan menggunakan artikel dan ebook plr sebagai tarikan ke blog anda  boleh menjana pendapatan dengan mengambil sewa tapak pengiklanan, atau anda boleh berdaftar dengan syarikat periklanan. Anda juga boleh mengabung kan 2 atau 3 ebook dan menawarkan tempat untuk beriklan di ebook baru anda dan anda boleh berikan secara percuma dan seterusnya anda bopleh membina list anda.


Teknik # 7 Pratikan Ilmu

Semua ilmu yang berada di dalam himpunan  Fire sale Malaysia anda boleh gunakan untuk meningkatkan sale produk anda,

0 comments: